Thursday, January 14, 2010

Wang Simpanan Tetap

Eddy Hangit sudah kering. Duit satu sen pun tak ada. Cuba juga dia cari bawal tilam dan tikar getah. Dia hanya jumpa habuk dan bau masam.

Jam sudah pukul 2.45 petang. Perut sudah lapar. Bunyi berderau. Memang lapar sangat.

Stok megi dia dah seminggu habis. Petang semalam pun tibai megi last Ajis Kumis punya. Ajis Kumis belum tahu lagi megi dia kena tibai. Biskut kering pun dah hilang. Eddy Hangit syak Ajis Kumis dah sedekah dekat masjid.

Eddy Hangit teringat dalam akaun BSN dia masih ada lagi RM 50. Banyak tu. Kalau jimat boleh tahan sebulan. Tapi BSN dia tak pernah ada kad. Dia pakai buku sahaja. Sebab itu RM 50 itu masih selamat dalam bank.

Jam sudah pukul 3.15 petang. BSN tutup pukul 4.00 petang. Perjalanan ke BSN memakan masa 10 minit naik motor, 37 minit jalan kaki. Nak naik motor, minyak pun tak ada.

Tanpa buang masa, Eddy Hangit capai buku bank atas almari dan t-shirt atas lantai. Dia berjalan laju ke BSN berdekatan. Panas terik tak menjadi halangan. Berpeluh baginya satu rahmat. Hatinya mula berbunga membayangkan RM 50. Mungkin dia hanya boleh ambil RM 45, tapi dia tak kisah.

Nasib Eddy Hangit baik, bank masih buka. Cepat cepat masuk, terasa sejuk airkon. Eddy Hangit senyum lega. Dia pergi kaunter, dia seluk kocek. Senyum dia tersekat. Nasib baik bertukar buruk.

"Pundek!"

Dompet tak bawak.

Macam mana nak keluar duit pakai buku kalau tak bawak ic? Esok pula cuti umum. BSN tak bukak. mungkin sampai minggu depan

Eddy Hangit jalan kaki balik. Air mata mengalir suam di pipi. Balik rumah dia nak mengadu sama Ajis Kumis.

1 comment: