Sunday, January 24, 2010

Gadis Pilihan

"Korang suka perempuan macam mana?" Eddy Hangit tanya mereka.

"Aku kalau boleh yang solehah tapi hot..." Ajis Kumis berangan.

"Gua suka perempuan yang tengah baring." Jack Kobeng selambe.

Wednesday, January 20, 2010

Pasangan membazir

Eddy Hangit naik bas tengahari itu. Nak pergi CM.

Belakang dia ada dua orang awek borak borak. Eddy Hangit dalam ngantuk-ngantuk pun dengar jugak.

"Macam mana dengan mamat hari tu?"

"Huh! Mamat tek hensem tu? You tak rasa membazir ke kalau orang yang comel macam I ni dipasangkan dengan mamat tak hensem langsung macam tu?"

Eddy Hangit lepaskan kentut senyap-senyap.

Monday, January 18, 2010

Thursday, January 14, 2010

Wang Simpanan Tetap

Eddy Hangit sudah kering. Duit satu sen pun tak ada. Cuba juga dia cari bawal tilam dan tikar getah. Dia hanya jumpa habuk dan bau masam.

Jam sudah pukul 2.45 petang. Perut sudah lapar. Bunyi berderau. Memang lapar sangat.

Stok megi dia dah seminggu habis. Petang semalam pun tibai megi last Ajis Kumis punya. Ajis Kumis belum tahu lagi megi dia kena tibai. Biskut kering pun dah hilang. Eddy Hangit syak Ajis Kumis dah sedekah dekat masjid.

Eddy Hangit teringat dalam akaun BSN dia masih ada lagi RM 50. Banyak tu. Kalau jimat boleh tahan sebulan. Tapi BSN dia tak pernah ada kad. Dia pakai buku sahaja. Sebab itu RM 50 itu masih selamat dalam bank.

Jam sudah pukul 3.15 petang. BSN tutup pukul 4.00 petang. Perjalanan ke BSN memakan masa 10 minit naik motor, 37 minit jalan kaki. Nak naik motor, minyak pun tak ada.

Tanpa buang masa, Eddy Hangit capai buku bank atas almari dan t-shirt atas lantai. Dia berjalan laju ke BSN berdekatan. Panas terik tak menjadi halangan. Berpeluh baginya satu rahmat. Hatinya mula berbunga membayangkan RM 50. Mungkin dia hanya boleh ambil RM 45, tapi dia tak kisah.

Nasib Eddy Hangit baik, bank masih buka. Cepat cepat masuk, terasa sejuk airkon. Eddy Hangit senyum lega. Dia pergi kaunter, dia seluk kocek. Senyum dia tersekat. Nasib baik bertukar buruk.

"Pundek!"

Dompet tak bawak.

Macam mana nak keluar duit pakai buku kalau tak bawak ic? Esok pula cuti umum. BSN tak bukak. mungkin sampai minggu depan

Eddy Hangit jalan kaki balik. Air mata mengalir suam di pipi. Balik rumah dia nak mengadu sama Ajis Kumis.

Wednesday, January 13, 2010

Hidup ini kena ada target!

"Kau ni asyik termenung je! Bawak-bawak la berubah weh... Ni kau dah mandi ke belum?" Ajis Kumis membebel sebaik sahaja dia jejak kaki masuk rumah. Dia baru balik kerja.

Eddy Hangit masih kelihatan melangut di balkoni.

"Kau dah makan?" Ajis Kumis tanya.

Eddy Hangit sikit pun tak menjawab. Malah tak berpaling langsung.

"Kau ni... Aku cakap sikit nak ambik hati. Dulu macam macam aku dengar cita cita kau. Nak sambung belajar lah, nak berkarya lah, nak carik keje tetap lah... Kau duduk melangut je macam tu apa kau dapat? Hidup ni kena ada target!" Ajis Kumis membebel dengan tone yang berbeza, sambil membuka kasut dan baju.

Eddy Hangit masih diam di balkoni. Kejap-kejap ada dengar bunyi dia meludah.

Ajis Kumis menghampiri Eddy Hangit.

"Kereta mana yang kau target?" Ajis Kumis bertanya perlahan.

""Mercedes silver tu" Eddy Hangit tunjuk pakai bibir.

"Ok, aku target BMW merah..."

"Haakkk tuihh!!" Ajis Kumis join Eddy Hangit main ludah ludah kereta.

Bangun Pagi

"Aku selalu bangun pagi pukul 8. Lepas tu aku pergi kedai mamak. Beli paper satu. Lepas tu duduk, order roti canai dengan teh tarik. Lepas sarapan, aku baca paper sambil hisap rokok Sampoerna. Itu masa ada duit lah." Maikel bercerita pada Eddy Hangit.

"Kalau takde duit?" Eddy Hangit tanya.

"Kalau time takde duit... Aku bangun tido, tengok jam. Lepas tu tido balik... "

Monday, January 11, 2010

Ilham yang dicari

Eddy Hangit sibuk termenung di bibir jendela. Nak cari ilham gayanya.

Rokok separuh yang dikerat malam tadi pun sudah dihisap sehingga terbakar puntung. Ilham berkarya masih malu nak tunjuk muka.

Tekak mula kering dan dahaga melanda. Dia mula memandang cerek elektrik atas meja kecil dekat dengan toilet.

Eddy Hangit terus sambar cerek. Terasa berat, menandakan masih ada air.

"Cantek!"

Tanpa bismillah, terus lahap teguk air ikut muncung cerek. Mata pun pejam tanda nikmat.

Terasa ada sesuatu tak kena dengan air dalam cerek. Eddy Hangit cek cerek itu. Dia buka penutupnya.

Beratus semut berenang-renang.

"Patutlah ilham tak masuk masuk.."

Eddy Hangit sambung teguk dengan skill bibir tapis semut.

Tilam dan awek cun

Eddy Hangit jalan-jalan merayau pusing supermarket. Dia teman Jack Kobeng. Jack Kobeng kata nak carik tilam murah, tapi tak nak seken hand.

Ada ke tilam murah kat pasaraya?

Sambil berjalan, sambi usya awek. Satu awek pun tak dilepaskan. Mata tertumpu pada satu amoi berbaju takde lengan.

"Perghh..! Cun amoi tu... " Selambe je Eddy Hangit cakap.

"Ketiak dia cantik weh.. Tak ada bulu." Jack Kobeng bagi kritikan membina.

Eddy Hangit angguk kepala tanda setuju.

"Kalau lu carik awek, pastikan awek lu takde bulu ketiak" kata Jack Kobeng.

"Apsal lak?" Eddy Hangit mintak penjelasan.

"Kalo awek lu ada bulu ketiak, nanti lu rasa macam kapel ngan member lu...." Jack Kobeng cakap sambil tunjuk ketiak dia.

Dia Eddy Hangit

Nama dia Eddy. Dia sekolah tak tinggi.
Muka dia tak komersil, dan dia malas mandi.
Dia jarang makan, sebab jarang ada duit.
Hisap rokok pun jarang, kecuali kalau dapat free.
Dan dia masih punya hati.

Dia tak kisah. Hidup susah.
Dia hidup dengan prinsip.

Dia sangat rock!